Halaman:Buah Rindu.pdf/9

Dari Wikisumber bahasa Indonesia, perpustakaan bebas
Loncat ke navigasi Loncat ke pencarian
Halaman ini telah diuji baca

Cempaka Mulia

Kalau kulihat tuan, wahai suma
Kelopak terkembang harum terserak
Hatiku layu sejuk segala
Rasakan badan tiada dapat bergerak

Tuan tumbuh tuan hamba kembang
Di negeriku sana di kuburan abang
Kemboja bunga rayuan
Hatiku kecu melihat tuan

Bilamana beta telah berpulang
Wah, Semboja siapatah kembang
Di atas kuburku, si Dagang Layang?

Kemboja, Kemboja bunga rayuan
Hendaklah tuan menebarkan bibit
Barang sebiji di atas pangkuan
Musyafir lata malang berakit?

Melur takku mau
Mawar takku suka
Sebab Semboja dari dahulu
Telah kembang di kubur kanda.

Kemboja bunga rayuan
Musyafir hina anak Sumatra
Pulau Perca tempat pangkuan
Bilamana Fakir telah tiada.