Lompat ke isi

Berlagu Hatiku

Dari Wikisumber bahasa Indonesia, perpustakaan bebas
Berlagu Hatiku
oleh Amir Hamzah

Berlagu Hatiku

[sunting]

Bertangkai bunga kusunting
Kujunjung kupuja, kurenung
Berlagu hatiku bagai seruling
Kukira sekalini menyecap untung.

Dlam hatiku kuikat istana
Kusemayamkan tuan di genta kencana
Kuhamburkan kusuma cempaka mulia
Kan hamparan turun dewi kakanda....

Tetapi engkau orang biasa
Merana sahaja tiada berguna
Malu bertalu karana aku
Ganjil terpencil berpaut ke dahulu.