Halaman:Buah Rindu.pdf/16

Dari Wikisource bahasa Indonesia, perpustakaan bebas
Loncat ke navigasi Loncat ke pencarian
Halaman ini belum diuji baca

Buah Rindu

III

Puspa cempaka kanda kirimkan
Pada arus lari ke laut
Akan duta kanda jadikan
Pada adinda kasih terpaut.

Teja bunga seroja dalam taman
Kemala hijau diatas mahkota
Orang berikan pada kekanda
Tiada kuambil karena tuan

Adakah gemerlapan lagi kemala
Adakah harum lagi seroja
Pada beta tumpuan duka
Sebab tuan lalu mengembara

Tuan lalu tiada berkata
Haram sepatah sepantun duli
Kanda tinggal penuh wasangka
Pilu belas didalam hati

Hatiku rindu bukan kepalang
Dendam beralik berulang-ulang
Air mata bercucuran selang-menyelang
Mengenangkan adik kekasih abang

Buah Rindu

9